Sejarah Spin (syarikat)

Syarikat Spin diasaskan pada tahun 2016 sebagai Skinny Labs, Inc. Pada Januari tahun 2017, syarikat ini mengumumkan hasrat untuk membawa perkhidmatan perkongsian basikal tanpa dok seperti di China ke Amerika Syarikat . [1] Spin mengumpulkan $8 juta dalam usaha pembiayaan modal teroka Siri A yang diketuai oleh Grishin Robotics, semasa dalam persediaan untuk melancarkan perkhidmatan mereka ke bandar lain di Amerika Syarikat. [2] Spin dilancarkan di Seattle, Washington, pada 17 Julai tahun 2017, menjadi sistem perkongsian basikal tanpa dok pertama di bandar ini di bawah peraturan baharu daripada kerajaan tempatan. [3] Spin memulakan perkhidmatan dengan menyediakan 500 buah basikal di Seattle, dan merekodkan penggunaan melebihi 5,000 tunggangan pada minggu pertama mereka beroperasi. Hal ini mengatasi sistem perkhidmatan perkongsian basikal Pronto Cycle Share, yang sudah beroperasi sebelum Syarikat Spin.[4] Pada akhir Julai, Spin mengumumkan rancangan untuk berkembang ke San Francisco Selatan, California, sebagai sebahagian daripada pelancaran nasional yang lebih besar. [5] Jabatan Pengangkutan Bandar New York, bagaimanapun, mengarahkan penutupan operasi Spin di Rockaway, Queens . [6]

Pada Februari tahun 2018, syarikat Spin melancarkan perkhidmatan perkongsian skuter yang bermula di bandar San Francisco. Skuter itu pada mulanya berharga $1 untuk disewa dengan kos tambahan lima belas sen seminit. [7] Pada 12 April tahun 2018, Jabatan Kerja Raya San Francisco merampas beberapa dozen basikal Spin selepas pejalan kaki membantah perletakan basikal yang menghalang laluan pejalan kaki. [8] Syarikat itu melancarkan perkhidmatannya di Austin, Texas, semasa South by Southwest sebuah festival tempatan pada Mac tahun 2017. Walaubagaimanapun, perkhidmatan itu telah digantung oleh Spin dalam masa sehari selepas pelancaran, disebabkan pertikaian dengan kerajaan bandar mengenai permit dan peraturan. [9] [10]

Dengan penamatan permit program perintis perkongsian basikal mereka di bandar Seattle, syarikat Spin memutuskan untuk tidak membuat permohonan permit baharu dengan bandar itu dan menghentikan operasinya di sana pada September tahun 2018. [11] Pada 7 November tahun 2018, syarikat Ford Motor Company mengumumkan bahawa ia telah memperoleh syarikat Spin dan berhasrat untuk mengembangkan perkhidmatannya ke lebih banyak bandar. The Wall Street Journal melaporkan syarikat Spin bernilai diantara $80 hingga 90 juta USD pada masa pembelian oleh syarikat Ford Motor Company. [12] Spin mengumumkan pada tahun 2019 bahawa pada Ogos tahun itu ia akan menyediakan lebih kurang 15,000 buah skuter di Portland, Los Angeles, Denver, Washington, DC, Kansas City, Memphis dan Minneapolis. [13] Pada September tahun 2019, Agensi Pengangkutan Perbandaran San Francisco mengumumkan bahawa ia telah memilih 4 syarikat pengendali, termasuk Spin, untuk membawa 1,000 skuter dari setiap syarikat ke bandar San Francisco berkuat kuasa pada pertengahan Oktober, sekali gus menggandakan bilangan skuter di bandar tersebut daripada bilangan yang dibenarkan. [14]

Pada Ogos tahun 2020, syarikat Spin mengumumkan yang mereka akan mula menawarkan perkhidmatannya di Jerman, bermula dengan bandar Cologne. [15] [16] Pada akhir Ogos tahun 2020, syarikat itu meneruskan pengembangan antarabangsa mereka dengan melancarkan perkhidmatan mereka di United Kingdom, bermula dengan bandar Milton Keynes diikuti oleh Essex . Pada awal tahun 2021, syarikat itu memasuki pasaran tiga negara tambahan: Kanada, [17] Sepanyol, [18] dan Portugal . [19] Dalam pada itu, syarikat itu juga menambah seorang CEO baharu, [20] Ben Bear, ke dalam organisasi mereka.

Pada Ogos tahun 2021, syarikat itu mengumumkan skuternya akan diintegrasi ke dalam Peta Google . Melalui Peta Google, pengguna akan dapat melihat lokasi skuter terdekat, berapa jarak ke sana dan berapa lama masa yang diperlukan untuk sampai ke kenderaan. Walau bagaimanapun, pengguna Peta Google tidak boleh menyewa skuter semasa dalam aplikasi Peta Google tetapi sebaliknya pengguna perlumenggunakan aplikasi Spin sendiri untuk menempah basikal. [21]

Pada Januari tahun 2022, syarikat Spin mengumumkan penutupan semua operasi perkhidmatan mereka di beberapa negara termasuk Jerman, Sepanyol, Perancis dan Portugal serta beberapa pasaran Amerika Utara kerana pulangan keuntungan yang rendah. Syarikat Spin kekal aktif dalam semua pasaran terhad di mana ia dipilih sebagai pengendali mikromobiliti oleh pegawai bandar. [22] [23]

Pada 2 Mac tahun 2022, syarikat Tier Mobility yang berpangkalan di Berlin mengumumkan yang mereka telah memperoleh syarikat Spin. Operasi syarikat Spin di UK akan dijenamakan semula ke dalam operasi syarikat Tier tetapi operasi syarikat Spin di Amerika Syarikat dan Kanada akan kekal dengan jenama tersebut. [24] [25] [26]

Rujukan

WikiPedia: Spin (syarikat) http://www.ktvu.com/news/ktvu-local-news/san-franc... http://www.seattletimes.com/seattle-news/transport... https://www.spin.app/blog-posts/spin-forward https://www.spin.app/blog-posts/tier-mobility-ente... https://about.tier.app/tier-enters-north-america-b... https://arstechnica.com/information-technology/201... https://www.bizjournals.com/austin/news/2017/03/14... https://www.businessinsider.com/ford-scooter-carme... https://www.citylab.com/transportation/2017/03/aus... https://seattle.curbed.com/2017/6/27/15856446/seat...